Ahad, Mac 07, 2010

Pembatalan PPSB di Kem PLKN Ovai Papar Sabah

Agak terkejut juga apabila seorang sahabat memaklumkan bahawa PPSB di Kem PLKN Ovai Papar yang sepatutnya berlangsung pada 8 hingga 10 Mac ini, tidak dilaksanakan atau dalam ungkapan yang kurang sedap didengar: PPSB dibatalkan!

Dari awal lagi memang sering berlaku sesetengah pengurusan kem PLKN bermasalah menetapkan tarikh yang sesuai bagi menempatkan jurulatih atau fasiliator PPSB menjalankan tugas. Usaha pihak DBP menyelaraskan tarikh yang sama di semua kem seluruh negara tidak tercapai kerana PPSB terpaksa akur dengan keputusan Komandan Kem. Bagi Komandan yang komited terhadap program ini tidak banyak masalah timbul namun bagi sesetengahnya pula seperti tidak serius, memandang sebelah mata, memiliki sikap acuh tak acuh apabila tiba masanya PPSB dijadualkan.

Mudah-mudahan perkara ini dapat ditangani pihak yang berkenaan agar maruah PPSB tetap terpelihara. Diharapkan juga agar usaha penjenamaan semula program sastera dan budaya ini disegerakan. Bagi peneraju, penyelaras, pelaksana dan seterusnya para wira dan wirawati sentiasa ingin melaksanakan tanggungjawab masing-masing kerana apa juga program yang telah diterjemah dalam aktiviti kerajaan mempunyai agenda penting yang wajar dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, komited dan mampu melahirkan hasil yang lebih bermakna.

MODERATOR

1 ulasan:

  1. Looking for any PLKN gift or PLKN Alumni gift.Visit us at PLKNgift.blogspot.com

    BalasPadam